Friday, May 24, 2013

laman web untuk merancang percutian anda

AirAsia (http://www.airasia.com)

Ini sudah tentunya laman web pertama yang perlu anda lawati, untuk membeli tiket. AirAsia selalu menawarkan promosi yang sangat murah, jadi lebih senang jika anda melanggan e-mail AirAsia supaya anda akan diberitahu promosi ini.
Biasanya jika saya ternampak harga tiket yang sangat murah, saya akan terus beli walaupun tarikhnya adalah 6 bulan ke setahun ke depan. Bila sampai masa untuk pergi, barulah saya akan minta cuti pejabat, buat persediaan, dan sebagainya.

Adioso (http://adioso.com) dan Kayak (http://www.kayak.com/)

Adioso dan Kayak merupakan satu lagi cara untuk mengetahui harga tiket yang terendah. Masukkan destinasi yang anda mahu, dan laman web ini akan menyenaraikan tarikh apakah harga tiket adalah murah.
Pada Adioso, anda boleh terus taip “Kuala Lumpur to Anywhere” untuk mengetahui apa-apa promosi sekalipun, dan Adioso akan menyeranaikan destinasi yang boleh dipilih.
WikiTravel (http://wikitravel.org/)


WikiTravel (http://wikitravel.org/)

Kini anda boleh mula membuat kajian tentang destinasi anda di WikiTravel. Adalah penting untuk anda mengetahui sedikit-sebanyak budaya yang diamalkan di sana, jenis matawang yang digunakan, cara pengangkutan, dan sebagainya. Ini akan membantu perjalanan anda di tempat orang nanti.

TripAdvisor (http://www.tripadvisor.com/) dan Agoda (http://www.agoda.com/)

Setelah mengetahui tentang latar belakang negara yang anda ingin lawati, anda boleh mula merancang percutian anda di TripAdvisor. Laman ini menyenaraikan tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati, serta pelbagai review yang ditinggalkan oleh pengguna-pengguna lain.
Anda juga boleh menggunakan TripAdvisor untuk mencari tempat tinggal yang bersesuaian dengan kehendak anda. Pastikan anda buat tempahan bagi bilik hotel anda awal agar memudakan urusan anda bila sampai di sana nanti.
Selain TripAdvisor, Agoda juga merupakan laman yang popular untuk mencari hotel (kredit pada Life4Hire untuk laman ini).

HostelWorld (http://www.hostelworld.com/), CouchSurfing (http://www.couchsurfing.org/), dan AirBnB (https://www.airbnb.com/)
Selain hotel, terdapat banyak lagi cara penginapan yang juga membolehkan anda berjimat.

Hostel adalah sebuah bilik yang memuatkan beberapa orang (3 ke 5 orang atau lebih). Anda akan ditempatkan bersama pengembara-pengembara yang lain, jadi ini adalah peluang baik untuk bertemu mereka dan bertukar-tukar budaya. Laman web yang bagus untuk mencari hostel adalah HostelWorld.



Couchsurfing adalah sebuah komuniti yang membolehkan anda mendapatkan tempat tinggal secara percuma serta mengenali penduduk tempatan. Saya sendiri telah menggunakan Couchsurfing sewaktu di Jepun.



AirBnB adalah menyerupai Couchsurfing di mana anda berpeluang untuk menginap di rumah penduduk tempatan, namun ianya lebih komersil di mana anda masih perlu membuat bayaran. Namun ia masih lebih murah berbanding hotel biasa. Seperti Couchsurfing, anda juga berpeluang untuk mengenali penduduk tempatan serta mendapatkan cadangan ke mana perlu anda pergi semasa bercuti.







No comments:

Post a Comment