Sebelum kanak-kanak mampu menulis sendiri dengan baik dan kemas,
kanak-kanak biasanya dibimbing dengan titik-titik huruf. Latihan
seumpama ini sememangnya membantu kanak-kanak untuk membiasakan diri
dengan bentuk-bentuk huruf dan jarak antara setiap perkataan. Contoh
latihan seperti di bawah.
Lazimnya untuk membentuk latihan seperti di atas, beberapa laman web
menyediakan “generator” atau “maker” yang memudahkan proses guru-guru
membina latihan untuk murid masing-masing.
Antara contoh-contoh laman web yang menyediakan “dotted font generator“
Klik pada gambar untuk ke laman berkenaan (Tetingkap baharu akan dibuka)
SOFTSCHOOLS.COM
- Boleh tulis sehingga 1o baris jadi boleh lah letak sepuluh perkataan atau sepuluh ayat dalam baris berbeza.
- Banyak ketetapan yang boleh diubah seperti arahan, saiz huruf, orientasi kertas, saiz kertas dan boleh letak frame kalau nak.
- Latihan boleh diubahsuai sendiri, sekiranya mahu kanak-kanak menulis semula ayat hanya kosongkan line ruangan line seterusnya. (contoh: tulis “ayah beli lori” di Line 1, kosongkan Line 2. Ayat seterusnya di Line 3)
- Perlu save segera sebaik sahaja generate, jadi tak dapat review dahulu.
HANDWRITINGWORKSHEETS.COM
- Terhad kepada satu baris sahaja, jadi sesuai untuk latihan menulis ayat.
- Latihan yang dibentuk hanya terhad kepada mengikut titik-titik, tiada penulisan sendiri.
KIDZONE.WS
- Boleh pilih bentuk tulisan samada block, script atau cursive
- Bina 4 baris perkataan/ ayat.
- Latihan yang dibentuk hanya terhad kepada mengikut titik-titik, tiada penulisan sendiri.
TOOLSFOREDUCATORS.COM
- Sebelum boleh guna, kena download dan install dulu font yang disediakan di web.
- Sesuai untuk latihan menulis yang ada gambar (seperti contoh di atas), jadi tak perlu susah-susah cari gambar sendiri.
- Gambar-gambar diasingkan mengikut kategori (pelbagai kategori)
- Ada pilihan untuk membentuk latihan bagi kanak-kanak tulis sendiri.
No comments:
Post a Comment