Laman web Note2email membolehkan
anda menghantar nota ringkas kepada mana-mana emel. Saya selalu
menggunakan servis ini untuk menghantar nota kepada emel saya sendiri.
Ops, kenapa nak hantar emel kepada kepada diri sendiri pula ya? Ini
kerana, kadang-kadang saya tidak membawa USB drive ke Cyber Cafe, jadi
saya memasukkan apa-apa URL yang menarik ke dalam nota rigkas, dan
menghantarnya kepada emel saya melaui Notes2email. Dengan ini, saya
dapat menyimpan URL tadi agar boleh dilihat di lain hari.
Notes2email memudahkan kerja saya kerana saya tidak perlu log in ke
dalam akaun emel saya. Ia juga mempunyai fungsi encryption sekiranya
anda ingin melindungi note yang dihantar dengan kata laluan.
No comments:
Post a Comment