Saya seorang kaki komik semenjak kecil lagi, dan komik-komik
kegemaran saya datangnya dari Jepun, yang juga dikenali sebagai manga.
Antara tajuk-tajuk terbaik pernah saya baca adalah seperti Blame!, Slam
Dunk, Vagabond, dan One Piece.
Ops, sebenarnya saya bukan nak buat review pasal manga
kegemaran saya kali ini. Saya cuma nak berkongsi sebuah laman web yang
membolehkan anda membuat karakter manga anda sendiri, iaitu FaceYourManga.
FaceYourManga membenarkan anda mengubah suai karakter manga mengikut
citarasa anda. Terdapat banyak pilihan mata, rambut, baju dan macam-mam
lagi yang boleh diubah suai bagi mendapatkan karakter yang unik.
Karakter yang sudah siap boleh anda simpan atau jadikan sebagai avatar
untuk forum dan sebagainya. Avatar yang siap akan dihantar kepada emel
anda.
Oleh kerana NoktahHitam dan Syam Aeropama
telah membuat karakter manga mereka sendiri, saya pun ingin turut
serta. Jadi, inilah rupa saya kalau saya berada dalam dunia manga:
Kiri: T-shirt kolar bulat hitam dan topi. Simple je, atau dengan kata lainnya, saya tak reti berfesyen >_<
Kanan: Jaket dan tali leher. Dan dilengkapi dengan kaca mata agar
tampak matang dan berkaliber di hadapan klien dan majikan. Haha.
No comments:
Post a Comment