Matematik merupakan salah satu pelajaran yang mencabar dan menarik,
dimana melaluinya pelbagai kaedah dan perkara baru boleh dipelajari,
selain menjadi pemangkin kepada minda dan sebagainya. Namun, kadangkala
beberapa rumusan dan masalah agak sukar untuk diselesaikan. Untuk
mengatasi perkara ini, para pengguna mungkin boleh mencuba sebuah
aplikasi berasaskan web dinamakan sebagai MathWay.
Melalui Mathway, ia menyediakan beberapa kaedah untuk menyelesaikan
masalah Matematik. Aplikasi ini merangkumi pelbagai topik berkaitan
Matematik, daripada asas, algebra, trignometri, kalkulus, statistik dan
beberapa perkara lain. Para pengguna hanya perlu memilih topik yang
bersesuaian, dan seterusnya menaip masalah Matematik mereka pada ruangan
yang disediakan, dan kaedah penyelesaian bersama-sama dengan jawapan
akan diperlihatkan pada laman tersebut. Namun untuk melihat kaedah
penyelesaian secara menyeluruh, para pengguna perlu mendaftar akaun
dengan laman MathWay terlebih dahulu.
Selain daripada berasaskan web, para pengguna yang mempunyai peranti
Android juga boleh memuat-turun aplikasi mereka secara percuma daripada Android Market, dan mula menggunakannya terus pada peranti Android anda dimana-mana sahaja anda berada.
No comments:
Post a Comment