Saturday, May 25, 2013

Jadi Cover Majalah

Nak jadi cover majalah? Senang je. Pergi ke laman web MagMyPic dan upload gambar anda. Antara majalah – majalah yang boleh anda pilih adalah seperti Time, Vogue, PCGamer, dan Seventeen. Anda juga boleh letak imej tersebut terus kepada Friendster, Myspace, Facebook dan banyak lagi. Tak susah pun nak jadi cover majalah rupenye ^^

Download Video Daripada YouTube Dengan KeepVid

Ikuti langkah-langkah berikut untuk download video dari YouTube menggunakan laman web KeepVid.
  1. Buka YouTube dan pegi kepada video yang anda ingin download. Copy alamat bagi video tersebut dari address bar bagi web browser anda.
  2. KeepVid
  3. Pergi ke laman web KeepVid dan paste alamat tadi ke dalam ruang yang disediakan. Kemudian, klik pada butang Download.

  4. KeepVid akan memberikan anda beberapa pilihan untuk download. Pilih “Low Quality” untuk download dengan lebih cepat, atau pilih “High Quality” untuk kualiti video yang lebih baik.
  5. KeepVid
  6. Pastikan anda klik pada Save untuk menyimpan video tersebut ke dalam PC.
  7. KeepVId

Guerilla Mail: E-mel Pakai Buang

Guerilla Mail menyediakan e-mel sementara yang akan bertahan selama 15 minit. Ia tidak memerlukan pendaftaran, anda hanya perlu klik pada “Get temporary e-mail” bagi mendapatkan e-mel sementara anda. Jika anda ingin melanjutkan tempoh hayat bagi e-mel tersebut, anda hanya perlu tekan pada “Give me 15 more minutes” bagi 15 minit tambahan. Sepanjang tempoh yang diberikan, anda boleh menulis, menerima, dan membalas e-mel.

Di manakah anda perlu menggunakan servis seperti Guerilla Mail ini? Biasanya ia perlu apabila anda ingin mendaftar dengan satu-satu laman web yang dikhuatiri, dan bimbang laman web tersebut akan menghantar banyak spam kepada e-mel anda. Dengan Guerilla Mail, anda tak perlu risau kerana e-mel tersebut hanyalah e-mel sementara sahaja.

NanoScan: Periksa Virus Secara Online

NanoScan adalah servis pengesan Virus secara online yang dibina oleh Panda Software. Ini bermakna, anda tidak perlu install apa – apa software di dalam komputer. Apa yang anda perlukan hanyalah sambungan Internet, dan NanoScan akan memeriksa komputer anda secara atas talian.
NanoScan
Masa yang diambil oleh NanoScan amat pantas,kira - kira 1 minit sahaja untuk memeriksa keseluruhan PC anda. Jika NanoScan mengesan apa – apa ancaman pada PC anda, anda bolehlah menggunakan TotalScan untuk membuang ancaman – ancaman tersebut.
Teruskan membaca bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai NanoScan dan TotalScan.
NanoScan hanya menyokong Internet Explorer (6 dan ke atas) serta Firefox (1.5 atau 2) sahaja buat masa ini (sayangnya, Opera kesayangan saya masih belum disokong. Saya cuba melayari laman web NanoScan menggunakan IE. Namun apabila saya cuba menekan pada butang “NanoScan my PC”, Window memaparkan error message dan IE ditutup secara automatik. Bagi Firefox pula, pengguna haruslah memasang beberapa extension bagi menjalankan NanoScan dan TotalScan.
Layari NanoScan di sini.

Layari Internet Tanpa Web Browser



DownloadSquad memberi tips bagaimana hendak hendak melayari laman web tanpa menggunakan web browser (pelayar web – contohnya Internet Explorer, FIrefox, Opera dsb). Cara mudah sahaja:
  1. Buka mana – mana aplikasi Windows, contohnya Notepad
  2. Klik pada menu Help dan pilih Help Topics.
  3. Right – click pada title bar (bar tajuk yang berwarna biru) dan pilih “Jumpto URL..”.

  4. Taip URL bagi laman web tersebut. Pastikan anda menaip URL secara penuh, termasulah “htp://”
Tiada kelebihan pun melayari laman web dengan cara ini. Namun, ia mungkin berguna apabila web browser anda tidak dapat berfungsi, atau telah dihadkan oleh administrator.

Akses Laman Web Dengan User Name dan Password Percuma

Apabila anda melayari Internet, kadang-kadang anda akan berjumpa dengan laman web yang memerlukan user name dan password untuk masuk. Bagi mengakses maklumat di dalam laman web tersebut, anda terpaksa mendaftar dengan memasukkan nama, e-mel, dan sebagainya.
Bagi sesetengah orang, proses pendaftaran ini adalah leceh dan menyusahkan. Kadang – kadang meraka akan memberikan nama dan e-mel palsu kerana tidak mahu e-mel terdedah kepada spam.

Servis BugMeNot menyediakan user name dan password percuma bagi hampir 14,000 buah laman web. Anda hanya perlu memasukkan nama laman web yang ingin anda layari dan BugMeNot akan memberi user name dan password yang boleh digunakan.

10 Laman Web Untuk Download Wallpaper

Hiasi desktop anda dengan wallpaper baru setiap hari. Berikut adalah senarai 10 laman web kegemaran saya:
  1. Customize.org

  2. Desktopography

  3. Desktop Nexus


  4. InterfaceLIFT

  5. Mandolux

  6. Pixelgirl Presents

  7. Social Wallpapering

  8. Veer

  9. Vladstudio

  10. Quality Wallpapers

Bina Laman Web: Pilih Warna Yang Sesuai

Baru – baru ini saya diberi tugas untuk membina sebuah laman web buat sebuah syarikat. Dah la saya ni hanya pelajar praktikal, memang kena buli je. Dalam proses membuat rekabentuk bagi laman web ini, keputusan yang paling sukar hendak dibuat adalah memilih warna yang sesuai (nak lagi orang yang rabun design seperti saya ni :p).

Pemilihan warna adalah merupakan satu aspek yang sangat penting bagi sesebuah laman web. Gabungan warna haruslah sepadan, kalau tidak laman web akan nampak serabut. Mujurlah saya terjumpa ColorBlender. Laman web ini dapat membantu anda untuk memilih gabungan warna yang sesuai. Hanya pilih satu warna yang anda kehendaki, dan ColorBlender akan memberi anda lima lagi warna yang sepadan. Terdapat juga pilihan untuk mengeluarkan set warna secara rawak. Anda juga boleh menyimpan set warna yang anda telah pilih untuk kegunaan di masa hadapan.
HongKiat juga ada menyenaraikan 18 laman web yang menyediakan bantuan dalam pemilihan warna, termasuklah:

Dapatkan Foto Berkualiti Tinggi Secara Percuma

Jika anda sedang mencari foto yang berkualiti untuk diletakkan di dalam blog atau website anda, anda boleh menggunakan “stock photo”. Foto stok adalah koleksi foto yang ditangkap oleh jurukamera profesional, dan boleh dilesenkan untuk tujuan-tujuan tertentu. Ia amat menjimatkan masa dan wang kerana anda tidak perlu lagi mengupah jurukamera profesional untuk menangkap gambar untuk anda.
Sesetengah dari laman stok foto mengenakan bayaran jika anda ingin menggunakannya. Jika anda ingin mencari stok foto percuma, lawati Stock.Xchng untuk lebih 250 000 foto yang berkualiti tinggi. Anda boleh menggunakan foto-foto ini untuk diletakkan pada blog / laman web ada, sebagai wallpaper, atau sekadar koleksi. Pastikan anda tidak melanggar “Term of use” yang telah dinyatakan oleh Stock.Xchng.

Friday, May 24, 2013

Hantar Nota Kepada Emel Anda

Laman web Note2email membolehkan anda menghantar nota ringkas kepada mana-mana emel. Saya selalu menggunakan servis ini untuk menghantar nota kepada emel saya sendiri.
Ops, kenapa nak hantar emel kepada kepada diri sendiri pula ya? Ini kerana, kadang-kadang saya tidak membawa USB drive ke Cyber Cafe, jadi saya memasukkan apa-apa URL yang menarik ke dalam nota rigkas, dan menghantarnya kepada emel saya melaui Notes2email. Dengan ini, saya dapat menyimpan URL tadi agar boleh dilihat di lain hari.

Notes2email memudahkan kerja saya kerana saya tidak perlu log in ke dalam akaun emel saya. Ia juga mempunyai fungsi encryption sekiranya anda ingin melindungi note yang dihantar dengan kata laluan.

Dengar Lagu Secara Rawak Di Musicovery

Ingin dengar muzik secara rawak? Biar mood anda yang menentukan pilihan lagu! Laman web musicovery adalah sebuah webRadio interaktif yang akan memainkan lagu-lagu secara percuma untuk anda, berdasarkan mood yang dipilih. Anda juga boleh menentukan genre muzik mana yang anda ingin secara spesifik.

Setiap lagu akan dihubungkan dengan lagu yang lain, yang kemudiannya akan dimainkan secara automatik. Dengan cara ini, anda mungkin akan terjumpa lagu-lagu yang menarik, yang anda tidak pernah dengar sebelum ini.

Ketahui Alamat IP Anda Dengan Mudah

Kalau anda nak mengetahui alamat IP anda, ada dua cara mudah yang ingin saya kongsi:
  1. Layari laman web What is My IP dan alamat IP anda akan terus terpampang di bahagian atas laman web tersebut.
  2. Gunakan perisian IP2. Hanya klik pada butang “Find My IP addresses” dan IP2 akan memaparkan alamat IP bagi LAN IP dan WAN IP anda.

MailFreezr: Hantar Emel Ke Masa Depan


Pernahkan anda terfikir untuk hantar emel ke masa depan? 100 tahun lagi, cucu-cicit anda boleh membuka emel yang anda tulis, mungkin mengandungi wasiat dan nasihat dari anda. Hehe, saya pun tak tahu apa yang saya boleh gunakan dengan perkhidmatan ini, yang pasti ianya unik.

Dengan MailFreezr, anda boleh menghantar emel serta menetapkan berapa lama emel itu akan dibekukan sebelum dihantar. Sayangnya, MailFreezr hanya menyediakan pilihan antara 1 hingga 100 tahun. Alangkah baik jika kita dapat memilih tarikh yang spesifik untuk menghantar emel tersebut.

Hantar Fail Bersaiz Besar Kepada Kawan Anda Melalui Internet


Anda masih menggunakan emel untuk menghantar fail? Kalau fail kecil-kecil je takpelah, tapi kalau fail yang bersaiz besar sehingga melebihi 10 MB, memang leceh jika menggunakan emel. Tambahan pula, emel biasanya menghadkan saiz fail yang boleh dihantar. Jadi, macam mana kalau anda nak hantar fail sebesar 100 MB? 1 GB?

File Sharing

Di sinilah anda gunakan perkhidmatan perkongsian fail (file sharing). Perkhidmatan seperti ini membolehkan anda menghantar fail yang bersaiz besar kepada kawan anda, melalui Internet. Berbeza dari emel, anda tidak perlu bersusah-payah login untuk menghantar fail. Di bawah saya sertakan beberapa perkhidmatan yang disediakan secara percuma:

Rapidshare. Had saiz bagi fail ialah 100 MB. Anda boleh upload atau download sebayak mana yang anda mahu. Fail akan dibuang dari server jika tidak digunakan selepas 90 hari.
YouSendIt. Had saiz bagi fail ialah 100 MB. Fail akan dibuang dari server selepas 7 hari, atau selepas di download sebanyak 100 kali. Anda boleh upload fail sehingga 1 GB sahaja dalam sebulan.
TransferBigFiles. Had saiz bagi fail ialah 2 GB. Fail akan dibuang dari server selepas 5 hari (30 hari jika anda gunakan Drop Zone). Walaubagaimanapun saya menghadapi sedikit masalah dalam menggunakan servis ini.

Bagaimana Ia Berfungsi? Tanya HowStuffWorks


howstuffworks01.jpg
Siapa pengunjung tetap Wikipedia sila angkat tangan? Tahniah! Anda memang rajin. Semenjak semester 1, Wikipedia lah tempat saya membuat rujukan dan er, copy paste. Cakap je nak cari pasal apa, mesti ada kat Wikipedia.
Namun, jika apa yang anda cari adalah tentang bagaimana sesuatu benda itu berfungsi, HowStuffWorks adalah pilihan yang lebih baik. Berbeza dengan Wikipedia, artikel-artikel di dalamnya adalah ditulis oleh editor mereka sendiri (artikel di Wikipedia adalah hasil sumbangan orang ramai).

Artikel-artikel dalam HowStuffWorks dilengkapi dengan video serta gambar bagi memudahkan pemahaman anda mengenai sesuatu subjek. Ia juga disertakan bersama contoh-contoh dan tutorial. Pendek kata, memand sesuai untuk assignment anda ^^. Jangan salin bulat-bulat dah la, tak elok >_<
Mungkin anda ada laman web kegemaran yang lain untuk mencari maklumat?

Adakah Fail Ini Virus? Tanyalah VirusTotal


Pernahkah anda berjumpa dengan satu fail yang mencurigakan? Nak buka, takut-takut itu virus pula. Walaupun antivirus anda tidak mengeluarkan sebarang amaran, namun anda tetap ragu-ragu, lebih-lebih lagi jika antivirus anda dah lama tak update.
virus-total-01
(klik pada gambar untuk besarkan)
Jika anda mengalami situasi seperti ini, anda boleh gunakan laman web VirusTotal untuk memastikan keselamatan fail tersebut. Dengan VirusTotal, anda boleh hantar sebarang fail, dan VirusTotal akan memeriksa fail tersebut dengan 32 jenis antivirus yang mempunyai update terkini. VirusTotal menggunakan enjin antivirus yang terkemuka, termasuklah NOD32, Kaspersky, dan Norton Antivirus.
virus-total-02
(klik pada gambar untuk besarkan)
Cara menggunakan VirusTotal mudah sahaja. Hanya upload fail anda di laman web VirusTotal dan tunggu sehingga proses scanning selesai. VirusTotal kemudiannya akan memaparkan hasil scanning kepada anda. Anda juga boleh install VirusTotal uploader yang akan membolehkan anda right-click mana-mana fail dalam komputer anda untuk dihantar kepada VirusTotal.
virus-total-03
Lawati laman web VirusTotal di sini.
Download VirusTotal Uploader di sini.

Convert Fail Secara Online Dengan Zamzar


zamzar
Katakan anda mempunyai fail video dalam komputer yang berbentuk avi, dan ingin menukar fail tersebut kepada format 3gp agar boleh dimasukkan ke dalam telefon bimbit. Ataupun mungkin anda ingin menukar fail pdf kepada doc supaya anda boleh edit dokumen tersebut. Tak kiralah fail jenis apa pun yang anda mahu convert, anda boleh lakukannya dengan segera di laman web Zamzar.
Zamzar  menyediakan perkhidmatan menukar format fail secara online. Jika anda mempunyai sambungan Internet yang memuaskan, serta malas (:p) nak install software untuk convert fail, Zamzar merupakan pilihan yang tepat untuk anda.
Zazmzar mampu menukar pelbagai jenis fail termasuklah dokumen, imej, video, audio,  dan fail jenis Zip. Lihat senarai penuh format fail yang disokong oleh Zamzar.

NetVibes: Homepage Peribadi Anda


netvibes-01 NetVibes adalah sebuah aplikasi web yang berfungsi sebagai homepage anda. Anda boleh mengubahsuai NetVibes untuk memaparkan kandungan-kandungan terkini dari laman web kegemaran anda seperti Digg, Google News, Flickr, dsb. Ia juga boleh mendapatkan emel (Yahoo!, Gmail, Hotmail, dsb) serta langganan RSS anda. NetVibes menggunakan teknologi Ajax yang dibina dengan baik sekali, anda tidak perlu refresh berkali-kali untuk mendapatkan kandungan yang terbaru.

Jadi, apa kelebihannya menggunakan NetVibes? Jika anda inginkan berita-berita terbaru dari pelbagai laman web kegemaran anda dipaparkan terus pada satu halaman, NetVibes mungkin pilihan anda. Saya sendiri tidak menggunakan perkhidmatan ini, namun cita rasa anda mungkin berbeza. Lawati laman web NetVibes di sini.
[Dari Techcrunch]

Terokai Bumi Dan Angkasa Dengan Google

Google Map adalah laman web yang menyediakan peta bagi seluruh dunia. Anda boleh klik dan besarkan peta tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai satu-satu kawasan. Google Earth pula adalah versi yang perlu anda download, dan ianya memberikan gambar yang lebih jelas dan terperinci.
google-earth
Google Map dan Google Earth sememangnya dua servis yang amat menyeronokkan. Anda  boleh melawat Air Terjun Niagara, menyaksikan Tujuh Keajaiban Dunia, malah mencari jalan ke Bandar Tasik Selatan terus dari komputer anda.
Dengan penambahan Sky ke atas Google Earth, anda kini boleh menerokai bintang – bintang dan planet – planet yang berada di angkasa lepas. Jika anda tidak menggunakan Google Earth, jangan bimbang kerana kini Google telah melancarkan Google Sky yang boleh dibuka terus dari mana – mana pelayar web. Nikmatilah keindahan angkasa raya, dan kagumlah akan ciptaan Yang Maha Esa ^^
google-sky

WikiMapia.Org, alternatif Google Earth

Pernahkah anda mengunakan Google Map? Bosan? Kerana ia tidak mempunyai tag-tag yang dibuat oleh orang biasa. Cuba anda ke WikiMapia.org. Ia lebih kepada “user oriented”. Jika anda ingin mencari jalan, surau atau stesen minyak, anda boleh menggunakan “Search”. Selain itu, pelawat juga boleh memberi komen kepada tempat yang telah di-tag. Misal kata, Nasi Lemak di Taman Bunga Raya. Orang kata, pelayan die lawa~
WikiMapia.Org, alternatif Google Earth
Dah, tak perlu saya cakap banyak lagi. Sila layari WikiMapia.org. Selamat mencuba, bila dah jumpa rumah anda, jangan lupa nak tag. Senang nak datang beraya atau kenduri nanti ;)

Cari Imej Untuk Blog Dengan Compfight


compfight
Dalam mencari imej yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam blog, biasanya saya akan menggunakan Google Image Search. Namun, perlu diingat bahawa tidak semua dari imej ini boleh digunakan secara sah kerana masalah hak cipta. Silap haribulan, boleh kena saman kalau silap pilih imej. Foto stok pula menawarkan imej yang semuanya boleh digunakan secara sah, tetapi biasanya pilihan adalah terhad.
Jadi saya beralih kepada Compfight, iaitu enjin carian imej untuk Flickr. Kalau anda belum tahu apa itu Flickr, ia adalah laman perkongsian foto yang paling popular di dunia.

Compfight memaparkan hasil carian dalam bentuk thumbnail. Ini sangat berkesan kerana anda hanya mahu melihat imej tersebut tanpa sebarang teks-teks lain yang tidak diperlukan. Anda juga boleh menapis imej-imej tersebut kepada Creative Commons ataupun komersil.
Sayangnya, Compfight tidak dapat dipaparkan dalam Opera. Buka Firefox anda untuk menggunakan laman web ini.

Hantar SMS Percuma Dengan Chawt


Chawt
Dengan Chawt, anda boleh hantar SMS kepada mana-mana nombor, secara percuma! Anda hanya perlu daftar menggunakan nombor telefon bimbit anda, dan aktifkan dengan kod yang diberi. Kini anda boleh mula menghantar SMS terus dari pelayar web anda.

Setiap SMS yang dihantar akan disertakan dengan iklan pendek dari Chawt. Namun, SMS percuma ini ada hadnya. Anda hanya boleh hantar tidak lebih dari 15 SMS sehari. Gunakanlah ia sewaktu kecemasan ;)

Cuil Ingin Menandingi Google? Mungkin Lambat Lagi

cuil
Baru je sehari Cuil dilancarkan, ia telah mendapat liputan yang meluas di blog-blog teknologi. Cuil digembar-gemburkan sebagai mampu menandingi enjin carian nombor satu di dunia, iaitu Google.
Cuil mempunyai paparan yang agak unik berbanding mana-mana enjin carian yang lain. Hasil carian dipaparkan dalam tiga kolum, dan imej kecil juga disertakan pada setiap laman web yang tersenarai. Mungkin gaya persembahan ini dapat memudahkan pengguna untuk melihat hasil carian dengan seimbas lalu. Cuil juga menyediakan cadangan bagi kata kunci yang ditaipkan.

Namun prestasi yang ditunjukkan oleh Cuil agak mengecewakan. Hasil carian yang dipaparkan pada muka pertama tidak memberi laman web yang relevan. Sebagai contoh, artikel Wikipedia tidak disenaraikan langsung bagi perkataan yang berkaitan dengan ilmiah. Kemudian, saya cuba taipkan “Sembang Komputer” ke dalam Cuil, dan hanya 1 muka surat saja terhasil, itupun Blog HE yang keluar.
Sebab utama Cuil begitu hangat diperkatakan pada hari pertama perlancarannya ialah, ianya diasaskan oleh bekas pekerja Google sendiri. Namun masih banyak lagi yang perlu Cuil lakukan untuk bersaing dengan Google, mahupun Yahoo dan Live Search.

Spreeder: Latih Diri Anda Untuk Membaca Sepantas Kilat

spreeder
Spreeder adalah sebuah laman web yang dapat membantu anda untuk membaca dengan lebih pantas, iaitu menggunakan teknik speed reading. Hanya salin teks ke dalam Spreeder, dan ia akan memaparkan perkataan satu persatu dengan cepat.
Ok, bagi anda yang nak tahu apa itu speed reading dan kelebihannya, baca penerangan ringkas ni (diterjemahkan dan diubah dari prisoner24601 via Digg):

Bagi sesiapa yang tak biasa dengan teknik speed reading, mungkin anda kurang faham mengapa Spreeder menayangkan perkataan satu-persatu lalu anda bertanya, “Apa gunanya semua ni?”
Apabila anda membaca, biasanya anda akan ‘menyebut’ perkataan tersebut di dalam minda. Teknik speed reading ingin mengajar anda supaya TIDAK menyebut perkataan ini supaya anda dapat membaca dengan lebih pantas. Malah, daya kefahaman anda juga akan meningkat dengan membaca menggunakan cara ini.
Spreeder bermula dengan kelajuan yang biasa saja. Latih diri anda dengan meningkatkan kelajuan sedikit demi sedikit, sehingga anda tak perlu lagi ‘menyebut’ perkataan tersebut di dalam minda.
Cuba anda gunakan peralatan Spreeder ini untuk membaca bahan ilmiah (contohnya dari Wikipedia) untuk menguji keberkesanannya. Saya sendiri sudah mula memakai Spreeder untuk membaca artikel-artikel teknologi yang panjang di Internet.
Terlalu banyak yang nak dibaca, namun terlalu sedikit masa. Spreeder mungkin boleh membantu ^^

Buka Yahoo Messenger Tanpa Perlu Install Apa-Apa Software


ebuddy
Assalamualaikum semua. Dah lama gak saya tak update blog ni. Al-maklumlah, bil Celcom Broadband dah dekat tiga bulan tak bayar, jadi kat rumah saya tiada sambungan Internet.
Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi tips dengan anda yang selalu menggunakan IM (Instant Messaging) seperti Yahoo Messenger. Biasanya, anda hanya perlu install software YM pada PC anda kan. Tapi, bagaimana pula jika anda menggunakan komputer di pejabat, ataupun Cyber Cafe? Kadang-kadang tempat seperti ini tidak dipasang dengan software tersebut.
Kalau anda nak buka YM tanpa install apa-apa software ke dalam PC, pergi ke laman web eBuddy. Laman web ini membolehkan anda membuka YM anda terus dari web browser. Hanya masukkan ID dan Password bagi akaun Yahoo anda, kemudian klik pada butang Sign In.

Selain dari Yahoo Messenger, eBuddy juga turut membolehkan anda log in pada MSN, AIM, Google Talk, dan MySpace. Anda juga boleh dapatkan ID bagi eBuddy anda sendiri dengan mendaftar di laman web tersebut.

Definr: Kamus Online Yang Pantas


definr
Definr adalah sebuah kamus online bagi bahasa inggeris ke bahasa inggeris. Hanya masukkan perkataan yang anda ingin cari, dan tekan Enter. Definr akan terus memaparkan maksud perkataan tersebut berserta beberapa ayat contoh.

Seperti yang ditunjukkan pada slogan Definr- “incredibly fast dictionary”, kamus online ini sememangnya pantas. Antaramuka Definr juga adalah amat ringkas bagi memudahkan anda fokus kepada perkataan yang dicari.
Sekiranya anda pengguna Opera, anda juga boleh menetapkan Definr kepada satu shortcut agar mudah untuk mencari apa-apa perkataan, terus dari address bar.
[via Ubuntu for Malaysian]

Buat Karakter Komik Anda Sendiri Dengan FaceYourManga

Saya seorang kaki komik semenjak kecil lagi, dan komik-komik kegemaran saya datangnya dari Jepun, yang juga dikenali sebagai manga. Antara tajuk-tajuk terbaik pernah saya baca adalah seperti Blame!, Slam Dunk, Vagabond, dan One Piece.
Ops, sebenarnya  saya bukan nak buat review pasal manga kegemaran saya kali ini. Saya cuma nak berkongsi sebuah laman web yang membolehkan anda membuat karakter manga anda sendiri, iaitu FaceYourManga.
FaceYourManga membenarkan anda mengubah suai karakter manga mengikut citarasa anda. Terdapat banyak pilihan mata, rambut, baju dan macam-mam lagi yang boleh diubah suai bagi mendapatkan karakter yang unik. Karakter yang sudah siap boleh anda simpan atau jadikan sebagai avatar untuk forum dan sebagainya. Avatar yang siap akan dihantar kepada emel anda.

Oleh kerana NoktahHitam dan Syam Aeropama telah membuat karakter manga mereka sendiri, saya pun ingin turut serta. Jadi, inilah rupa saya kalau saya berada dalam dunia manga:
manga01-horz
Kiri: T-shirt kolar bulat hitam dan topi. Simple je, atau dengan kata lainnya, saya tak reti berfesyen >_<
Kanan: Jaket dan tali leher. Dan dilengkapi dengan kaca mata agar tampak matang dan berkaliber di hadapan klien dan majikan. Haha.

Senarai Blog Komputer Dalam Bahasa Melayu

Senarai Blog Komputer Dalam Bahasa Melayu

Ilmu komputer adalah sangat luas, terlalu banyak perkara yang boleh dipelajari setiap hari. Dan, tiada ilmu yang lebih mudah difahami daripada ilmu yang disampaikan dalam bahasa ibunda sendiri, kan?
Artikel ini akan menyenaraikan blog-blog komputer yang disampaikan dalam bahasa melayu. Jika anda ada sebarang tambahan, sila nyatakan di ruangan komen ya.


Sembang Komputer

sembangkomputer
[http://sembangkomputer.com]
Sembang Komputer mengandungi pelbagai tips dan tutorial dalam menggunakan perisian, serta penyelesaian kepada masalah komputer yang selalu dihadapi. Diketuai oleh MK, Sembang Komputer juga mempunyai beberapa penulis jemputan seperti NoktahHitam dan Life4Hire.

InfoMalaya

infomalaya
[http://www.infomalaya.com/]
InfoMalaya adalah berkonsepkan pengumpulan ilmu yang berkaitan teknologi, lebih-lebih lagi mengenai pembangunan web. Diketuai oleh Bat yang kacak, InfoMalaya juga mempunyai beberapa penulis tambahan seperti Azraai, Arynet, Junaidix, Affuan, Awqi_zar, IrfanJani, dan MK.

Amanz

amanz
[http://amanz.my]
Amanz adalah antara satu-satunya blog komputer tempatan yang khusus kepada berita teknologi sahaja. Ianya meliputi perkembangan teknologi semasa baik di peringkat global mahupun tempatan. Pemilik blog ini, Aman, juga menulis tentang berita Linux di LinuxMalaya.

AMBNaC

ambnac
[http://adamasalahbarunakcari.blogspot.com/]
Meskipun nama blog ini agak panjang, namun ianya berbaloi untuk disimpan ke dalam bookmarks anda. Artikel komputer di sini biasanya bersifat teknikal, lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan sekuriti. Blog ini diuruskan oleh TMUkmkd.

Ubuntu Untuk Malaysia

melayubuntu
[http://melayubuntu.blogspot.com/]
Seperti namanya, Ubuntu Untuk Malaysia adalah sebuah blog yang fokus kepada Ubuntu dan sumber terbuka. Diketuai oleh Zul, Ubuntu Untuk Malaysia juga mempunyai beberapa penulis jemputan yang lain.

Sifoo

sifoo
[http://sifoo.com/]
Sifoo adalah sebuah laman web portal yang memfokuskan kepada bidang grafik dan multimedia. Pelbagai tutorial dan muat turun yang berkaitan dengan Photoshop boleh didapatkan di sini. Sifoo diasaskan oleh Imran Abdul Jabar.

JomPHP

jomphp
[http://jomphp.com/]
JomPHP mengandungi tips-tips komputer dan internet, serta tutorial pengaturcaraan web seperti PHP dan HTML. Ditulis oleh EiNS dan Cyberfly.

Dilarang Melarang

dilarangmelarang
[http://dilarangmelarang.com/]
Dilarang Melarang adalah sebuah blog peribadi milik Marzuki. Selain daripada entri peribadi, ia juga mengandungi tutorial dan panduan bagi pengguna Blogspot.

Eriyza

eriyza
[http://eriyza.via.my/]
Blog milik Eriyza ini banyak menceritakan tentang tips komputer khususnya buat pengguna wanita, serta pelbagai tutorial yang berkaitan dengan pengubahsuaian Blogspot.

Kill-Vearn

kill-vearn
[http://killvearn.com/blog/]
Kill-Vearn merupakan sebuah blog peribadi milik Syah, yang juga mempunyai tips-tips dalam penggunaan perisian dan internet.

Wanita & Komputer

wanita-dan-komputer
[http://waidakmy.com/]
Seperti namanya, blog Wanita & Komputer ditulis WaidaKmy, bertujuan untuk membantu wanita dalam penggunaan komputer.

Masalah Komputer

baiki-pc
[http://baikipc.wordpress.com/]
Masalah Komputer ditulis oleh PakNik, di mana beliau berkongsi pengalamannya dalam membetulkan komputer pelanggan.

My Windows XP

mywindowsxp
[http://www.mywindowsxp.info/]
MyWindowsXP ditulis oleh Dekan, dan mengandungi tips-tips dalam menggunakan Windows XP.

Hardyw3b

hardyw3b 
[http://hardyw3b.wordpress.com/]
Hardyw3b adalah blog peribadi milik Adi, dan mengandungi pelbagai artikel tentang perisian, terutamanya yang berkaitan dengan sumber terbuka.

Cekap Komputer

cekap-komputer 
[http://cekapkomputer.blogspot.com/]
Cekap Komputer ditulis oleh juruteknik komputer dari Sabah, E_peace6679. Blog ini mengandungi penyelesaian kepada masalah komputer dan virus.

Kedai Gambar Ku

kedaigambarku
[http://kedaigambarku.co.cc/]
Kedai Gambar Ku ditulis oleh Hafiz, dan mengandungi tips dan tutorial komputer terutamanya yang berkaitan dengan Photoshop.

Tech IT

techit 
[http://www.techit.com.my/]
TechIT mengandungi artikel tentang berita teknologi, gajet, dan permainan komputer.

Kongsiblog

kongsiblog
[http://www.kongsiblog.org/]
Kongsiblog mengandungi artikel yang berkaitan dengan komputer dan internet, daripada Sabri Ahmad.

Anjung PC

anjung-pc
[http://blog.anjungpc.com/]
Anjung PC mengandungi artikel yang berkaitan dengan komputer dan perniagaan internet, daripada Starline.