
NetVibes adalah sebuah aplikasi web yang berfungsi sebagai homepage
anda. Anda boleh mengubahsuai NetVibes untuk memaparkan
kandungan-kandungan terkini dari laman web kegemaran anda seperti Digg,
Google News, Flickr, dsb. Ia juga boleh mendapatkan emel (Yahoo!, Gmail,
Hotmail, dsb) serta langganan RSS anda. NetVibes menggunakan teknologi
Ajax yang dibina dengan baik sekali, anda tidak perlu refresh
berkali-kali untuk mendapatkan kandungan yang terbaru.
Jadi, apa kelebihannya menggunakan NetVibes? Jika anda inginkan
berita-berita terbaru dari pelbagai laman web kegemaran anda dipaparkan
terus pada satu halaman, NetVibes mungkin pilihan anda. Saya sendiri
tidak menggunakan perkhidmatan ini, namun cita rasa anda mungkin
berbeza. Lawati
laman web NetVibes di sini.
[Dari
Techcrunch]
No comments:
Post a Comment